KOREA Utara mungkin akan mempertimbangkan untuk mengubah pendekatannya sekiranya Amerika Syarikat meneruskan sekatan terhadap negara yang memiliki senjata nuklear,” kata pemimpin negara itu Kim Jong-un dalam ucapan tahun barunya.
“Sekiranya AS tidak menunaikan janjinya yang dibuat di hadapan seluruh dunia…dan masih meneruskan sekatan dan tekanan terhadap republik kami, kami mungkin tiada pilihan selain mencari cara baru untuk menjaga kedaulatan dan kepentingan kami.”
Kim merujuk kepada sidang kemuncaknya dengan Presiden AS Donald Trump di Singapura pada Jun, apabila beliau menyatakan ia “rundingan yang membuahkan hasil” dan “bertukar pandangan idea yang membina.”
Ketika itu, dua pemimpin terbabit menandatangani perjanjian denuklearisasi di semenanjung Korea, namun perkembangannya sejak itu terbantut apabila Pyongyang dan Washington mula bertelagah.
Korea Utara dikenakan beberapa sekatan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu berhubung program peluru berpandu balistik dan nuklear, yang mana enam ujian nuklear dijalankan dan pelancaran roket yang mampu mencapai tanah besar di AS. – AFP, 1 Januari, 2019
Komen