Qatar kenakan cukai arak 100%


Qatar membenarkan pembelian alkohol dengan permit, dan juga untuk minum di bar berlesen, kelab dan hotel namun melarang minum secara terbuka. – Gambar EPA, 1 Januari, 2019

QATAR akan mengenakan cukai arak 100 peratus bermula 1 Januari, kata pihak berkuasa kerajaan yang mengesahkan perkara itu pada Isnin. 

Cukai berkenaan diperkenalkan beberapa minggu selepas negara Ilam itu mengumumkan belanjawan tahunan yang menyatakan akan mengenakan levi ke atas “barangan memberi kesan kepada kesihatan”.

Dasar itu diperkenalkan oleh Qatar Distribution Company yang merupakan satu-satunya penjual minuman keras, dalam satu senarai 30 muka surat harga baharu minuman keras.

Senarai berkenaan tersebar meluas di media sosial menunjukkan harga minuman keras meningkat dua kali ganda dalam tempoh semalaman, walaupun menyatakan harga baharu itu berkuatkuasa pada 1 Januari.

Ditanya sama ada dokumen berkenaan asli, jurucakap kerajaan memberitahu AFP: “ya, ia benar”.

Ia adalah sah untuk membeli alkohol di Qatar dengan permit, dan juga untuk minum di bar berlesen, kelab dan hotel - walaupun minum di khalayak ramai diharamkan. – AFP, 1 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen