RUSIA menahan seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) di Moscow kerana disyaki mengintip, insiden terbaharu melibatkan kes pengintipan antara kedua-dua negara.
Perkhidmatan keselamatan negara FSB berkata suspek ditahan pada Jumaat selepas melakukan akvititi mencurigakan.
Kes jenayah terhadap suspek juga telah dibuka dan siasata dijalankan mengikut Artikel 276 Kos Jenayah Rusia yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun penjara jika didapati bersalah.
FSB berkata rakyat Rusia itu menggunakan nama sebagai Paul Whelan.
Bagaimanapun tiada butiran lanjut disediakan berhubung kes itu.
Penahanan tersebut dibuat ketika Moscow berdepan beberapa skandal perisikan dengan Barat selepas Presiden Vladimir Putin menuduh negara-negara Barat menggunakan kes pengintipan untuk melemahkan pengaruh Rusia.
Agensi perisikan AS menuduh Moscow campur tangan dalam pilihan raya presiden 2016 dan awal bulan ini seorang rakyat Rusia, Marina Butina dibicarakan kerana disyaki menjadi perisik.
Butina berdepan hukuman penjara enam bulan, dan mungkin akan dideportasi. – AFP, 31 Disember, 2018.
Komen