SEJUMLAH 79 orang hilang manakala angka kematian meningkat kepada tiga selepas satu letupan gas menggegarkan sebuah bangunan di bandaraya Magnitogorsk yang terletak di Pergunungan Ural, Rusia, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Timbalan Gabenor Wilayah Chelyabinsk, Oleg Klimov, pada Isnin.
“Tiga mangsa yang masih hidup dan tiga mayat telah dikeluarkan dari bawah reruntuhan puing,” kata Klimov yang dipetik oleh agensi berita Sputnik sebagai berkata, sambil menambah bahawa nasib 79 orang yang hilang masih belum diketahui.
Satu kertas siasatan jenayah telah dibuka, kata Klimov.
Letupan yang disyaki sebagai gas asli itu berlaku kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan (0100 GMT) pada Isnin.
Sejumlah 48 pangsapuri di bangunan 10 tingkat itu musnah dalam letupan tersebut. – Bernama, 31 Disember, 2018.
Komen