Presiden Turki ikrar hapus pengganas


Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat parti pemerintah pimpinan beliau iaitu Parti Keadilan dan Pembangunan di Istanbul. – Gambar EPA, 31 Disember, 2018.

PRESIDEN Recep Tayyip Erdogan berikrar bahawa negaranya akan terus memusnahkan pengganas sebagaimana yang dilakukan oleh Ankara pada masa lalu, lapor agensi berita rasmi Turki Anadolu.

“Kami telah memasuki tempat persembunyian pengganas, memusnahkannya dan akan terus memusnahkan mereka,” kata Erdogan merujuk kepada operasi pencegahan keganasan Ankara baru-baru ini di Turki dan di barat laut Syria.

Erdogan berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat parti pemerintah pimpinan beliau iaitu Parti Keadilan dan Pembangunan di Istanbul.

Sejak dua tahun lepas, Turki telah berjaya melakukan dua operasi pencegahan pengganas di Syria bagi membasmi kehadiran pengganas YPG/PKK dan Daesh berhampiran sempadan Turki, manakala operasi ketiga dijangka dijalankan di timur Sungai Eufrat.

Dalam kempen keganasan lebih 30 tahun terhadap Turki, PKK—yang disenarai sebagai sebuah organisasi pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU)—bertanggungjawab ke atas kematian kira-kira 40,000 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak. 

YPG merupakan cawangannya di Syria. – Bernama, 31 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen