4 terbunuh di timur Congo


Keganasan berlaku selepas pegawai pilihan raya dituduh cuba meraih undi yang memihak kepada calon parti pimpinan Presiden Joseph Kabila, Emmanuel Ramazini Shadary. – Gambar EPA, 31 Disember, 2018.

EMPAT orang termasuk seorang pegawai polis dan seorang pegawai pilihan raya terbunuh di wilayah timur Kivu Selatan ketika pada pilihan raya Republik Demokratik Congo (DR Congo) semalam, kata calon pembangkang, Felix Tshisekedi.

Pegawai polis dan pegawai pilihan raya serta dua orang awam itu terbunuh ketika keganasan di sebuah pusat mengundi di kawasan Walungu, kata Pengarah kempen, Vital Kamerhe.

Kamerhe berkata, keganasan berlaku selepas pegawai pilihan raya dituduh cuba meraih undi yang memihak kepada calon parti pimpinan Presiden Joseph Kabila, Emmanuel Ramazini Shadary.

“Orang ramai yang naik angin mula serang polis. Seorang pegawai terbunuh,” kata Kamerhe yang juga bekas presiden National Assembly dari Kivu Selatan.

“Seorang pegawai pilihan raya kemudian diserang hingga mati. Begitu juga dua orang awam.”

Pihak berkuasa Kivu Selatan berkata satu siasatan mengenai kejadian itu telah dibuka.

Pilihan raya ini memberi peluang kepada peralihan kuasa secara aman DR Congo buat pertama kalinya sejak merdeka dari Belgium pada 1960.

Bagaimanapun, penganalisis memberi amaran pergolakan yang hebat susulan kecurigaan terhadap Kabila yang enggan melepas jawatan pada 2016 selepas tempoh dua penggalnya tamat. – AFP, 31 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen