15 perkara, individu jadi perhatian pada 2019


Sheridan Mahavera

Peralihan kuasa secara aman dari rejim yang memerintah negara sejak merdeka 61 tahun lalu telah berjaya meletakkan Malaysia kembali di peta dunia. Namun, beberapa perkara perlu diberi perhatian pada 2019 sama ada apa jangkaan dan harapan pada PRU14 lalu akan menjadi realiti. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Disember, 2018.

TAHUN ini tahun yang bersejarah buat Malaysia. Peralihan kuasa secara aman dari rejim yang memerintah negara sejak merdeka 61 tahun lalu telah berjaya meletakkan Malaysia kembali di peta dunia.

Pemerhati politik di seluruh dunia yang dulu pernah menggelar Malaysia dengan jolokan harimau Harimau Asia kini melihat sama ia boleh menjadi contoh demokrasi kepada negara lain.

Proses demokrasi ini sudahpun bermula selepas pilihan raya umum 9 Mei lepas. Namun apa yang lebih sukar nanti ialah apabila masuk 2019, iaitu cubaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) meneruskan agenda pembaharuan di samping menangani ekonomi yang perlahan.

Kerajaan PH menerima kritikan yang bukan sedikit dari kalangan orang Melayu luar bandar apabila ia memotong bantuan untuk para petani dan nelayan. Tidak ketinggalan juga golongan belia, yang ramai mengundi PH, apabila PH gagal memenuhi janji mengenai bayaran balik pinjaman PTPTN.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian pada tahun depan sama ada apa jangkaan dan harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu akan menjadi realiti.

Harga baru petrol

Harga petrol mungkin turun pada Januari selepas Putrajaya mengumumkan akan menggunakan semula sistem apungan mingguan. Harga minyak akan turun selari dengan harga minyak global, tetapi kerajaan akan menetapkan harga siling RON95 pada RM2.20 seliter.

Ekonomi perlahan

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka perlahan pada 2019 kesan daripada kelembapan ekonomi global yang dijangka dihadapi oleh setiap rantau, mengikut analisis Moody’s.

Ekonomi tempatan diunjurkan berkembang sebanyak 4.4% pada 2019 dan 3.6% pada 2020, berbanding 5.9% pada 2017. Moody’s meramalkan pertumbuhan negara pada 2018 berada pada 4.8%.

Undang-undang dan peraturan baharu

Mulai 1 Januari, larangan merokok akan dikenakan di semua kedai mamak, kopitiam dan restoran makanan segera. Pada April, harga minuman manis naik selepas cukai baharu dikenakan. Tidak ketinggalan ialah gaji minimum pada RM1,000 dan pemakaian kasut sekolah berwarna hitam.

Undang-undang baharu untuk menjadikan Parlimen lebih bebas juga akan dibentangkan pada sidang pertama Dewan Rakyat tahun depan.

Dr Mahathir Mohamad

Bekas diktator kini reformis, berjaya mencapai apa yang ramai orang sifatkan mustahil pada pilihan raya umum 9 Mei lalu. Dan rakyat Malaysia akan terus terpaku dengan apa saja yang disebut atau dilakukan oleh perdana menteri tertua di dunia itu.

Populariti Dr Mahathir menerima tempias susulan beberapa silap langkah dan “u-turn” yang dilakukan pentadbiran beliau sejak mengambil laih Putrajaya. 2019 bakal menyaksikan lebih banyak cabaran yang harus dihadapi kerajaan PH memandangkan ekonomi yang perlahan dan gesaan berterusan dari rakyat terhadap pembaharuan.

Anwar Ibrahim

Anwar berkata beliau tidak berminat dengan jawatan dalam kerajaan Persekutuan, tetapi presiden PKR dan bakal perdana menteri ini masih aktif memainkan peranan dalam politik Malaysia. 

Fokus ke atas Anwar ialah apakah rancangan beliau untuk melaksanakan pembaharuan Parlimen dan bagaimana mahu menambah sokongan orang Melayu Islam terhadap PH.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Mereka mungkin entiti kerajaan yang paling sibuk selepas Putrajaya. Pada 2019, hasil bedah siasat anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim akan didedahkan kepada umum dan keadilan ke atas kematiannya akan dilaksanakan. 

Lebih banyak tangkapan akan dilakukan terhadap individu-individu yang dikaitkan dengan skandal rasuah pentadbiran Barisan Nasional makanala pemburuan ke atas Jho Low diteruskan. 

Perbicaraan Najib Razak, Ahmad Zahid Hamidi, Rosmah Mansor

Bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor serta bekas timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi akan dibicarakan atas tuduhan rasuan, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Perbicaraan pertama Najib kerana menyalahguna kedudukannya dalam perjanjian dengan 1MDB ditetapkan bermula dari 18 hingga 28 Februari, 4 hingga 8 Mac dan 11 hingga 15 Mac.

Perbicaraan bagi Rosmah dan Zahid juga dijangka diumumkan pada suku pertama 2019. – 31 Disember, 2018.

Perbicaraan pertama Najib Razak kerana menyalahguna kedudukannya dalam perjanjian dengan 1MDB ditetapkan bermula dari 18 hingga 28 Februari, 4 hingga 8 Mac dan 11 hingga 15 Mac. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Disember, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen