MAHKAMAH rayuan Mesir pada Ahad memenjarakan seorang aktivis hak asasi selama dua tahun atas beberapa pertuduhan termasuk “menyebarkan berita palsu”, kata peguamnya dan seorang pegawai mahkamah.
Mahkamah juga mendenda Amal Fathi, yang dibebaskan tiga hari sebelumnya dalam kes lain, sebanyak 10,000 pound Mesir (AS$560).
Fathi dihukum hukuman penjara dua tahun pada September sebelum beliau membuat merayu.
Peguamnya, Ramadan Mohamed berkata pada Ahad rayuannya ditolak dan beliau kini terpaksa menjalani hukuman penjara.
Fathi juga dituduh menerbitkan kandungan yang menyinggung, kata Mohamed.
Aktivis berusia 34 tahun itu ditahan pada Mei berhubung video yang disiarkannya dalam talian, mengkritik gangguan seksual di Mesir dan mendakwa pengawal di sebuah bank melakukan gangguan seksual terhadapnya.
Beliau dibebaskan pada Khamis selepas ditahan dalam kes lain termasuk tuduhan “keanggotaan dalam kumpulan pengganas”. – AFP, 31 Disember, 2018.
Komen