4 krew penyelamat UAE terbunuh nahas helikopter


Kemalangan helikopter Agusta 139 pihak berkuasa UAE berlaku semasa melakukan misi menyelamat di Jebel Jais di Ras al-Khaimah. – Gambar fail AFP, 30 Disember, 2018.

SEBUAH helikopter penyelamat terhempas pada Sabtu di emiriah Ras Al-Khaimah, membunuh semua krewnya, menurut agensi berita Emiriah Arab Bersatu WAM.

Sheikh Saud bin Saqr al-Qasimi, penguasa Ras Al-Khaimah, memerintahkan penyiasatan terhadap kejadian yang berlaku pada jam 5.50 petang (1350 GMT).

“Pihak Berkuasa Penerbangan Awam mengumumkan kemalangan helikopter Agusta 139 semasa misi menyelamat di Jebel Jais di Ras al-Khaimah,” kata laporan itu.

Pusat Mencari dan Menyelamat Negara UAE berkata terdapat empat orang anggota yang menaikinya.

UAE terdiri daripada emiriah Abu Dhabi, Ajman, Dubai, Fujairah, Ras al-Khaimah, Sharjah dan Umm al-Qaiwain. – AFP, 30 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen