DR Mahathir Mohamad membidas pemimpin Barisan Nasional yang kini cuba “mengajar” kerajaan baharu Pakatan Harapan bagaimana untuk “selesaikan masalah negara yang mereka ciptakan” ketika berkuasa.
“Jika mereka begitu pandai, kenapakah mereka tidak betulkan kerosakan semasa mereka memerintah dahulu,” kata Dr Mahathir pada ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam ini.
“Ramai rakyat yang tidak pun memberi perhatian kepada tindakan undang-undang yang diambil terhadap pemimpin dahulu. Sebaliknya dengan lantang pemimpin dahulu cuba mengajar kita tentang cara-cara kita tangani masalah. Masalah yang ditinggal oleh mereka.”
Kerajaan PH mendedahkan bekas pentadbiran BN yang diterajui Najib Razak mewujudkan hutang hampir RM1 trilion yang kini terpaksa ditanggung oleh negara. Ini termasuk pinjaman sebanyak RM42 bilion daripada syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terpaksa ditanggung kerajaan.
Najib mengetuai lembaga penasihat 1MDB dan beliau didakwa di mahkamah atas tuduhan penipuan dan penyalahgunaan kuasa berhubung kerugian syarikat berkenaan.
Selepas Najib kehilangan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke 14, bekas perdana menteri itu kini aktif mengkritik dasar dan kesilapan kerajaan.
Selain Najib, isterinya Rosmah Mansor dan timbalannya Ahmad Zahid Hamidi turut didakwa kerana penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram.
Dalam ucapannya, Dr Mahathir turut menyatakan ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak dapat menerima yang bekas pemimpin yang melakuan jenayah ketika berkuasa.
Beliau juga menuduh bekas pemimpin Umno yang kini cuba membuat kemunculan politik dengan menganjurkan perhimpunan perkauman dan membentuk diri mereka sebagai ‘juara orang Melayu’.
Ahmad Zahid, yang kini merupakan presiden Umno, adalah salah seorang tetamu penting pada perhimpunan baru-baru ini untuk membantah konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melawan perkauman. Perhimpunan itu, yang dianjurkan oleh NGO Melayu dan dihadiri oleh PAS parti Islam.
“Sudah tentu percubaan pemimpin-pemimpin dahulu untuk sekarang menjadi juara orang Melayu dengan mengambil bahagian dalam demonstrasi baru-baru ini tidak ikhlas. Rakyat tidak akan tertipu dengan perbuatan ini. Jika mereka ikhlas, masalah yang kita hadapi tidak akan berlaku.” – 29 Disember, 2018
Komen