Polis Mesir bunuh 40 'pengganas' susulan serangan bas di Giza 


Polis Mesir menjalankan dua serbuan berasingan selepas menerima maklumat berhubung rancangan beberapa siri serangan oleh pengganas terbabit. – Gambar EPA, 29 Disember, 2018

POLIS Mesir membunuh 40 “pengganas” dalam dua serbuan berasingan pada awal pagi Sabtu, sehari selepas serangan bom berhampiran piramid Giza yang menyebabkan tiga pelancong Vietnam dan pemandu pelancong terbunuh, kata kementerian dalam negeri. 

Dua serbuan di Giza membunuh 30 “pengganas”, manakala baki 10 lagi terbunuh di Sinai Utara yang bergolak, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Ia berkata pihak berkuasa bertindak setelah menerima maklumat suspek telah merancang satu siri serangan terhadap institusi negara dan pelancongan dan gereja. – AFP, 29 Disember, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen