600,000 anggota keselamatan dikerah menjelang pilihan raya Bangladesh


Pihak berkuasa keselamatan Bangladesh meningkatkan kawalan keselamatan menjelang pilihan raya berikutan beberapa siri keganasan tercetus sebelum ini. – Gambar EPA, 29 Disember, 2018

BANGLADESH mempertingkatkan kawalan keselamatan pada Sabtu menjelang pilihan raya yang dijangka akan menyaksikan Perdana Menteri Sheikh Hasina menang untuk penggal keempat namun ia diselubungi oleh dakwaan pembangkang ditahan dan diburu oleh kerajaan.

Pihak berkuasa mengerahkan kira-kira 600,000 anggota polis dan tenteera dan pasukan keselamatan lain menjelang hari mengundi pada Ahad, berikutan pertempuran dan kempen penahanan aktivis pembangkang.

Pasukan keselamatan termasuk tentera laut, pengawal pantai dan sempadan serta unit polis bantuan akan mengawal kira-kira 40,000 peti undi di seluruh negara itu.

“Kita perlu memastikan tahap keselamatan di tahap tertinggi di Bangladesh,” kata pesuruhjaya pilihan raya Rafiqul Islam kepada AFP.

“Kita harap situasi akan lebih tenang dan aman,” katanya.

Kehadiran anggota polis dapat dilihat di jalanan ibu negara Dhaka kurang 24 jam menjelang proses pilihan raya yang akan bermula pada jam 8 pagi Ahad.  – AFP, 29 Disember, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen