SEPASUKAN penyelam British yang membantu menyelamatkan pasukan bola sepak kanak-kanak yang terkandas dalam gua akibat banjir di Thailand, antara penerima anugerah kehormat Tahun Baru Britain.
Tujuh pakar penyelam yang terbabit dalam operasi menyelamat luar biasa itu membarisi senarai penerima anugerah berprestij itu tahun ini bersama pengarah Hollywood Christopher Nolan dan bekas model Lesley Lawson atau Twiggy.
Penerima lain ialah pelakon Monty Python, Michael Palin dan Jim Carter yang membintangi “Downton Abbey”, pengarang Philip Pullman dan wakil rakyat John Redwood.
Empat daripada penyelam itu diberikan anugerah untuk keberanian luar biasa dan tiga lagi menerima anugerah paling cemerlang (MBE).
Richard Stanton dan John Volanthen – yang menjadi penyelam terawal menemui 12 kanak-kanak terbabit dan jurulatih mereka – dianugerahi Pingat George, iaitu anugerah kedua tertinggi untuk orang awam.
Stanton pernah menerima MBE pada 2012 kerana kerja menyelamatnya.
Rakan penyelam lain, Christopher Jewell dan Jason Mallinson menerima Pingat Ratu sementara Joshua Bratchley, Connor Roe dan Vernon Unsworth menerima MBE. – AFP, 29 Disember, 2018.
Komen