LELAKI tertua Amerika Syarikat (AS) Richard Overton meninggal dunia hari ini pada usia 112 tahun.
Askar veteran Perang Dunia Kedua itu meninggal dunia di sebuah pusat pemulihan selepas dimasukkan ke hospital pada awal bulan ini akibat jangkitan paru-paru.
Overton yang tinggal di Austin, Texas dianggap sebagai selebriti disebabkan status sebagai lelaki paling tua di AS dan satu-satunya askar negara dari Perang Dunia Kedua yang masih hidup.
Pada 2013, beliau berkunjung ke Washington dan bertemu presiden ketika itu, Barack Obama di White House.
Malah sebagai penghargaan, sebatang jalan di kawasan rumahnya dinamakan sebagai Richard Overton Avenue pada hari lahirnya yang ke-111 tahun.
Overton lahir pada 11 Mei 1906 di Texas dan berkhidmat untuk tentera AS dalam peperangan di Pasifik dari tahun 1942 hingga 1945.
Selepas perang tamat, Overton bekerja di kedai perabot dan pejabat perbendaharaan negeri.
Beliau berkahwin sebanyak dua kali tetapi tidak dikurniakan anak.
Menurut Kumpulan Kajian Gerontology, lelaki tertua di dunia yang masih hidup adalah Masazou Nonaka dari Jepun, berusia 113 tahun. – AFP, 28 Disember, 2018.
Komen