JUMLAH tangkapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan kes penyalahgunaan kuasa meningkat hampir dua kali ganda pada 2017 berbanding tahun sebelumnya, walaupun jumlah keseluruhan kes rasuah yang direkodkan menurun, menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini.
SPRM merekodkan 92.9% peningkatan dalam tangkapan kes salah guna kuasa, dengan 54 tangkapan dibuat pada 2017 berbanding 28 tangkapan pada 2016.
Bilangannya agak kecil berbanding jumlah tangkapan untuk kesalahan berkaitan rasuah yang lain bagi tahun 2017.
Tahun lalu, jumlah tangkapan bagi kes menerima rasuah mencatatkan angka tertinggi iaitu 408 diikuti pemberian rasuah (240), membuat tuntutan palsu (142), penyalahgunaan kuasa dan kesalahan lain pada 35, membawa kepada 879 jumlah tangkapan.
Jumlah itu mencatatkan penurunan 6.4% daripada 939 tangkapan pada 2016. Jumlah keseluruhan siasatan yang dijalankan juga menurun pada 2017 berbanding tahun sebelumnya, dengan SPRM menyiasat 863 kes berbanding 985 pada 2016. – 28 Disember, 2018

Komen