3 warga emas maut dalam kebakaran bangunan di Mumbai 


Bomba Mumbai bertungkus-lumus untuk mengawal api daripada merebak serta memadamkan kebakaran.– Gambar EPA, 28 Disember, 2018

SEKURANG-kurangnya tiga orang terbunuh pada Khamis dalam insiden kebakaran yang berlaku di sebuah bangunan tinggi di ibu kota kewangan Mumbai, India, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.

Kebakaran itu berlaku di sebuah bangunan 15 tingkat milik Sargam Society berhampiran Ganesh Garden di Tilak Nagar, Mumbai.

“Polis dan anggota bomba bertungkus-lumus untuk mengawal api daripada merebak serta memadamkan kebakaran. Setakat ini, kami tidak mempunyai angka berkaitan mangsa yang maut dalam insiden itu,” kata seorang pegawai polis

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan bahawa tiga orang maut dalam kebakaran itu.

“Mangsa yang maut telah dikenal pasti sebagai Sunita Joshi dan Bhalchandra Joshi, kedua-duanya berusia 72 tahun, serta Suman Shrinivas Joshi, 83,” menurut laporan media tempatan. 

“Ketiga-tiga warga emas itu yang merupakan penghuni bangunan tersebut telah dikejarkan ke hospital namun mereka meninggal dunia dalam perjalanan. Seorang lagi warga emas turut dirawat di sebuah hospital kerana mengalami sesak nafas.”

Punca kebakaran belum diketahui. – Bernama, 28 Disember, 2018
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen