Ribut salji jejas percutian di AS


Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS meramalkan ribut salji dan angin kencang akan berlanjutan hingga awal Jumaat di negeri-negeri sebelah utara, manakala hujan lebat dengan potensi banjir kilat di negeri-negeri sebelah selatan. – Gambar fail EPA, 28 Disember, 2018.

BERATUS-ratus penerbangan dibatal dan ribuan lagi ditangguhkan di seluruh Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan ribut salji kuat melanda negara itu.

Menurut laman web FlightAware, lebih daripada 6,500 penerbangan tertangguh dan lebih kurang 800 lagi dibatalkan.

Hujan diikuti salji dan angin kencang menjadikan perjalanan merbahaya baik di udara dan di darat, terutamanya di sebelah utara dan tengah, di mana jarak penglihatan di beberapa kawasan hanya melebihi satu kaki.

Pihak berkuasa melaporkan beberapa kawasan di Nebraska dilitupi salji dan beberapa jalan ditutup.

Dakota Utara menasihatkan penduduk di seluruh bahagian timur negeri tidak membuat sebarang perjalanan. Sebuah lapangan terbang kecil di bandar Fargo ditutup dan semua penerbangan dibatalkan.

Cuaca buruk melanda ketika ramai rakyat AS sedang bercuti sempena Krismas.

“Percutian Krismas kami terjejas,” kata seorang pelancong kepada akhbar Fort Worth Star-Telegram.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS meramalkan ribut salji dan angin kencang akan berlanjutan hingga awal Jumaat di negeri-negeri sebelah utara, manakala hujan lebat dengan potensi banjir kilat di negeri-negeri sebelah selatan. – AFP, 28 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen