PIHAK berkuasa Costa Rica pada Khamis merampas sebuah bot membawa 500kg kokain dan menangkap lima orang yang disyaki pengedar, kata kerajaan negara itu.
Bot ditunda sejauh 81km dari Golfito di pantai Pasifik selatan selepas mendapat maklumat dari pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) yang melakukan rondaan bersama negara-negara Amerika Tengah.
Dua rakyat Colmbia, seorang masing-masing dari dari Ecuador, Nicaraguadan Costa Rica ditahan.
Pihak berkuasa menemui dadah yang diisi dalam paket inidividu seberat 1kg, kata Kementerian Keselamatan Awam.
Colombia adalah pengeluar kokain terbesar dunia dan pembekal utama ke pasaran AS.
Menteri Keselamatan Awam Michael Soto berkata rantau Lautan Pasifik sering digunakan untuk mengangkut dadah dari Selatan. – AFP, 28 Disember, 2018.
Komen