Kelab bola sepak England dapat tajaan ‘Visit North Korea’


Blyth Spartans, sebuah kelab berpangkalan di timur laut England, memaparkan papan iklan mempromosi Visit North Korea yang menawarkan pakej pelancongan ke negara komunis itu. – Gambar Facebook, 28 Disember, 2018.

SEBUAH kelab bola sepak bukan Liga Perdana English melakukan perjanjian luar biasa dengan syarikat yang menawarkan lawatan ke Korea Utara, salah sebuah negara paling terasing dunia.

Blyth Spartans, sebuah kelab berpangkalan di timur laut England, memaparkan papan iklan pada Rabu mempromosi “Visit North Korea” yang menawarkan pakej pelancongan ke negara komunis itu.

Gambar iklan itu tular di media sosial, menyebabkan syarikat dan kelab mengesahkan yang kerjasaman itu tulen.

“Visit North Korea gembira untuk mengumumkan kerjasama tajaan dengan kelab bola sepak English Blyth Spartans F.C,” katanya dalam satu kenyataan.

“Walaupun ia unik dan tidak konvensional, Visit North Korea berbangga untuk mampu membantu menyokong permainan hebat English pada peringkat tempatan dan melakukan publisiti untuk sebuah kelab England.”

Spartans juga membuat pengumuman tentang kerjasama itu dalam program jadual perlawanan kelab. – AFP, 28 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen