RAJA Arab Saudi Raja Salman semalam mengarahkan rombakan kerajaan besar-besaran, menggantikan menteri luar dan penerangan, titah dekri diraja.
Rombakan itu dilakukan ketika negara tersebut bergelut dengan kecaman antarabangsa berkaitan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, salah satu skandal antarabangsa pernah dialami Riyadh.
Ibrahim al-Assaf, bekas menteri kewangan akan menggantikan Adel al-Jubeir selaku menteri luar, titah dekri tersebut.
Jubeir akan dilantik sebagai menteri hal ehwal luar, tambahnya.
Turki al-Shabanah akan menjadi menteri penerangan, menggantikan Awwad al-Awwad yang dinamakan sebagai penasihat mahkamah diraja.
Turki al-Sheikh, pembantu rapat Putera Mahkhota Mohammed bin Salman disingkirkan sebagai pesuruhjaya sukan negara itu dan dilantik sebagai ketua pihak berkuasa hiburan.
Pembunuhan Khashoggi dilihat banyak pihak dalam negara itu sebagai krisis diplomatik terburuk sejak serangan pengganas 11 September 2001 ke atas AS, apabila salah seorang penyerang dikenal pasti sebagai rakyat Saudi.
Pembunuhan Khashoggi, wartawan yang jadi pengkritik paling lantang Arab Saudi- dilihat mencemarkan imej Putera Mohammed yang baru berusia 33 tahun yang merupakan pemerintah dan waris kerajaan, walaupun negara itu bertegas menafikan penglibatannya.
Setakat ini, pembunuhan tersebut tidak mengancam kedudukan putera tersebut yang sudah berjaya mendiamkan musuh politiknya serta mengukuhkan hubungan dengan agensi keselamatan dan ketenteraan.
Selepas rombakan, Putera Mohammed dijangka terus mengekalkan kedudukannya termasuklah sebagai menteri pertahanan. – AFP, 28 Disember, 2018.
Komen