Asap ganja berkepul-kepul di Indonesia 


Ganja masih menjadi musuh di banyak negara Asia Tenggara, langkah terbaru Thailand yang membenarkan penggunaan ganja dijangka memberi kesan kepada negara-negara sekitarnya. – Gambar AFP, 27 Disember, 2018.

TIMBUNAN tinggi ganja seberat 800 kilogram menjadi asap apabila dibakar hari ini oleh polis Indonesia selepas beberapa operasi membanteras kegiatan penyeludupan.

Pihak berkuasa di wilayah Aceh yang bermajoriti Islam itu turut memecahkan alatan menghisap ganja dengan batu bata di samping turut memusnahkan 19 kilogram methamphetamine, yang dirampas dalam serbuan tahun ini.

Lima suspek dadah dalam pakaian penjara berwarna oren turut mengiringi dalam majlis tersebut.

Aceh adalah wilayah konservatif yang terletak di hujung pulau Sumatera yang melaksanakan hukuman rotan secara terbuka terhadap pelbagai kesalahan termasuk perjudian, minum alkohol, dan melakukan seks sejenis atau hubungan di luar perkahwinan.

Indonesia juga mempunyai undang-undang dadah yang paling ketat di dunia.

Bulan ini, lima warga asing ditangkap di Bali kerana megedarkan dadah, pesalah dari Jerman dan Peru hasil tangkapan itu mungkin menghadapi hukum mati jika disabitkan kesalahan. – AFP, 27 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen