PERUNDING perdagangan China dan Amerika Syarikat (AS) bercadang untuk mengadakan pertemuan pada Januari untuk berunding, kata Beijing pada Khamis.
Bagaimanapun, China tidak mengesahkan tarikh atau lokasi pertemuan yang akan diadakan.
Kedua-dua negara berkenaan terlibat dalam perang perdagangan tetapi sedikit reda sejak Presiden China Xi Jinping dan Presiden AS Donald Trump bersetuju mengadakan genjatan 90 hari pada awal bulan ini.
Ia bagi membolehkan kedua-dua belah pihak berbincang dengan lebih lanjut akan terma perdagangan yang lebih baik untuk kedua-dua buah negara.
Bloomberg yang memetik dua sumber yang arif mengenai perkara itu melaporkan bahawa pasukan AS akan diketuai oleh Timbalan Wakil Perdagangan Jeffrey Gerrish pada rundingan yang akan diadakan pada 7 Januari.
Rundingan itu akan menjadi yang pertama sejak gencatan yang dipersetujui oleh pemimpin kedua-dua negara ketika bertemu di luar sidang kemuncak G20 di Bueno Aires. – AFP, 27 Disember, 2018.
Komen