Suspek serangan warga China terbunuh di Afghanistan


Afghanistan selalu menjadi tempat militan berkumpul dari pelbagai negara. – Gambar EPA, 27 Disember, 2018.

SEORANG anggota pemisah warga Pakistan yang dicari berhubung serangan ke atas konsulat China di Karachi pada bulan November terbunuh dalam ledakan bunuh diri di Afghanistan, kata kumpulannya.

Aslam Baloch dipercayai menjadi salah seorang ketua Tentera Pembebasan Balochistan (BLA), salah satu daripada kumpulan pemberontak yang berjuang di wilayah Balochistan barat daya Pakistan.

Aslam terbunuh pada hari Selasa bersama dengan empat yang lain dalam letupan di Kandahar, selatan Afghanistan. Kumpulan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi di samping berikrar untuk meneruskan perjuangan mereka demi kemerdekaan Balochistan.

Ketua Polis Kandahar, Tadin Khan mengesahkan pengeboman bunuh diri itu berlaku di ibu kota, membunuh dua orang awam. Seorang lagi pegawai Afghanistan yang bercakap tanpa memberitahu namanya berkata Aslam dan ahli kedua BLA adalah sasaran serangan itu.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di atas serangan itu setakat ini.

Empat orang terbunuh ketika militan menyerang konsulat China di bandar pelabuhan Karachi pada bulan November lalu.

BLA mendakwa serangan itu, dan melabel Beijing sebagai “penindas” dan “menjelaskan bahawa pengembangan ketenteraan China di wilayah Baloch tidak boleh ditoleransi”.

Ia memberi amaran kepada warga China untuk meninggalkan wilayah itu atau “bersedia untuk serangan berterusan”. – AFP, 27 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen