Rakyat Kanada dituduh seludup dadah di China


SEORANG warga Kanada dihadapkan di mahkamah di timur laut China pada Sabtu atas tuduhan dadah, lapor satu portal media kerajaan, ketika hubungan antara Beijing dan Ottawa semakin tegang.

Mahkamah Tinggi Liaoning mengenal pasti lelaki itu sebagai Robert Lloyd Schellenberg.

Dalam satu kenyataan ringkas disiarkan pada Rabu, mahkamah itu berkata Schellenberg akan merayu dalam kes penyeludupan dadah pada Sabtu tetapi tidak memberikan maklumat lanjut.

Portal berita kerajaan runsky.com berkata Schellenberg seorang rakyat Kanada dan menyeludup sejumlah besar dadah.

China masih mengenakan hukuman mati bagi kesalahan pengedaran dadah.

Kementerian Luar Kanada belum memberikan komen berhubung perkara itu.

Hubungan Beijing dan Ottawa tegang selepas China menahan dua warga Kanada – bekas diplomat Michael Kovrig dan usahawan Michael Spavor – di mana mereka dituduh terbabit dalam aktiviti yang “membahayakan keselamatan China”.

Kovrig ialah penasihat kanan di badan pemikir International Crisis Group think tank, sementara Spavor membantu lawatan ke Korea Utara, termasuk kunjungan oleh bekas pemain bola keranjang Dennis Rodman.

Walaupun tiada kaitan rasmi dibuat, penahanan mereka kelihatan seperti tindakan balas terhadap Kanada yang menahan eksekutif Meng Wanzhou, kanan syarikat telekomunikasi besar China, Huaiwei pada 1 Disember.

Wanzhou ditahan atas permintaan Amerika Syarikat yang menuduhnya melanggar sekatan terhadap Iran.

Seorang lagi rakyat Kanada, wanita bernama Sarah McIver turut ditahan dan akan dihantar pulang kerana bekerja secara haram di China. – AFP, 27 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen