Aquaman ungguli carta box office


Bintang filem Aquaman Jason Momoa bersama Nicole Kidmandan Amber Heard. – Gambar EPA, 27 Disember, 2018.

FILEM terbaru keluaran New Warner Bros, Aquaman mengungguli carta box office di Amerika Utara apabila meraih kutipan jualan tiket sebanyak AS$67.4 juta pada minggu pertama tayangannya.

Kutipan filem  yang dibintangi oleh Jason Momoa itu mengatasi dua lagi filem Mary Poppins Returns keluaran Disney yang meraih AS$23.5 juta dan filem keluaran Paramount, Bumblebee yang mencatat jualan tiket AS$21.7 juta.

Walaupun Mary Poppins gagal meraih kutipan memberansangkan pada hari pertama tayangannya, filem yang menampilkan aktres jelita Emily Blunt itu dijangka kekal dalam senarai teratas box office bagi tempoh yang lama seperti filem muzikal yang lain.

Filem prekuel Transformers, Bumblebee yang dibintangi Hailee Steinfeld dan John Cena, masih meraih rating tinggi iaitu 94% daripada Rotten Tomatoes walaupun berada pada kedudukan ketiga carta.

Tangga keempat carta dipegang oleh filem Spider-Man: Into the Spider-Verse keluaran Sony selepas mengutip AS$16.6 juta manakala filem The Mule dari Warner Bros mendapat jualan sebanyak AS$9.5 juta untuk berada di kedudukan kelima.

Senarai carta itu disusuli dengan filem Dr. Seuss’s The Grinch (AS$$8.5 juta), Second Act (AS$6.5 juta), Ralph Breaks the Internet (AS$4.7 juta), Welcome to Marwen (AS$2.4 juta) dan Mary Queen of Scots (AS$2.3 juta). – AFP, 27 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen