AKTRES dan aktivis hak asasi binatang Brigitte Bardot memohon Presiden Emmanuel Macron untuk jayakan “keajaiban” Krismas, iaitu dengan menerapkan pelaksanaan kamera litar tertutup di setiap rumah sembelihan dan larangan memburu.
Bintang filem berusia 84 tahun, yang meninggalkan dunia perfileman untuk memperjuangkan hak binatang itu mendakwa Macron mengubah Perancis kepada sebuah “tempat rekreasi untuk menghapuskan binatang.”
“Perlindungan haiwan tiada lagi ditelan angin, oleh kerana sikap saya-tak-peduli di pihak kerajaan,” katanya dalam satu surat terbuka yang diterbitkan pada hari Rabu, di samping menambah bahawa sikap kerajaan itu adalah satu “penghinaan terhadap Perancis.”
“Krismas memiliki keajaiban bagi sesetengah orang dan saya percaya keajaiban!” tulis Brigitte, menyeru pelaksanaan pengawasan video di rumah-rumah penyembelihan” yang menyaksikan lebih tiga juta ekor haiwan dikorbankan setiap hari di Perancis dengan operasi sembelihan yang memalukan, mengerikan dan ganas.”
Bardot merayu supaya pentadbiran Macron mengambil berat mengenai pembelaan terhadap haiwan beberapa kali sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Bekas simbol seks yang mengasingkan diri daripada masyarakat di selatan France itu menubuhkan Yayasan Brigitte Bardot yang didedikasikan untuk perlindungan haiwan pada tahun 1986.
Dalam satu surat kepada kumpulan pemuliharaan WWF pada tahun 2011, Bardot menceritakan perjalanan hidupnya yang sering berulang-alik ke Kanada pada tahun 1980-an banyak menyaksikan aktiviti memburu anjing laut yang membuat hidupnya berubah. – AFP, 26 Disember, 2018.
Komen