Tentera udara Syria tembak jatuh peluru berpandu Israel


Agensi berita rasmi Syria, SANA yang memetik sumber tentera berkata tentera udara memintas peluru berpandu yang dilancarkan dari pesawat perang Israel dari wilayah Lubnan. – Gambar EPA, 26 Disember, 2018.

TENTERA udara Syria menembak peluru berpandu Israel dekat ibu kota Damascus pada Selasa, lapor media tempatan, yang menurut Israel ia dilepaskan untuk melindungi diri.

Agensi berita rasmi Syria, SANA yang memetik sumber tentera berkata tentera udara memintas peluru berpandu yang dilancarkan dari pesawat perang Israel dari wilayah Lubnan.

Majoriti peluru ditembak sebelum sampai ke sasaran dekat ibu kota Damsyik, kata SANA. Tiga anggota tentera sedera dan depot peluru juga rosak.

Israel sebelum ini beberapa kali mengebom Syria yang menurut mereka disasarkan kepada tentera Iran yang kebanyakannya berada di kawasan selatan Damsyik.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah berikrar tidak membenarkan Tehran - penyokong Presiden Syria Bashar al-Assad - menempatkan tentera di negara yang dilanda perang itu.
 
Pakar berkata Israel akan terjejas teruk selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan memanggil pulang tentera AS dari Syria.

Israel dan beberapa negara sebelum ini memberi amaran yang Iran sedang membina “jambatan” merentas ke Mediterranean. Malah beberapa penganalisis berkata tindakan AS memanggil pulang tenteranya membantu usaha Iran itu. – AFP, 26 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen