China hukum lebih 20 pegawai pusat jagaan daif


Pengarah Li Cuiqiong diberi hukuman mati tertangguh dengan dua tahun tempoh percubaan, manakala pegawai yang rapat dengan Li dikenakan hukuman penjara seumur hidup. – Gambar AFP, 26 Disember, 2018.

SEBUAH mahkamah di selatan China pada Isnin menjatuhkan hukuman ke atas lebih 20 orang berkaitan beberapa kematian sebuah pusat jagaan, apabila 21 orang termasuk seorang budak lelaki autistik 15 tahun terbunuh pada 2016.

Pengarah Li Cuiqiong diberi hukuman mati tertangguh dengan dua tahun tempoh percubaan, manakala pegawai yang rapat dengan Li dikenakan hukuman penjara seumur hidup, lapor agensi berita Xinhua.

Kedua-dua mereka yang bekerja di Jabatan Hal Ehwal Awam di Xinfeng “menggunakan kuasa mereka untuk menubuhkan dan mengendalikan pusat jagaan haram,” kata media.

Pihak berkuasa di Guandong juga sudah mengambil “tindakan displin” ke atas 107 penjawat awam kerana terlibat dalam skandal tersebut, lapor media lagi tanpa menjelaskan butiran hukuman.

Pendedahan media yang berlaku pada Mac 2017 tentang keadaan daif pusat jagaan Lianxi untuk warga emas, gelandangan dan pesakit mental di Shaoguan, Guandong yang menyebabkan wujud berpuluh kematian dalam tempoh hanya beberapa bulan.

Keadaan sesak dan kotor pusat tersebut mencetuskan kemarahan awam di China apabila rakyat negara itu mengkritik kerajaan kerana layanan buruk kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Remaja lelaki autistik, Lei Wenfeng yang sesat dari rumah meninggal dunia pada Disember 2016 selepas hanya sebulan tinggal di pusat tersebut.

Pusat tersebut adalah pusat jagaan persendirian tetapi dibiayai oleh kerajaan tempatan, menuru China Daily. – AFP, 26 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen