TURKI memberi amaran kepada Perancis yang memberi perlindungan kepada militan Kurdi yang disokong AS di Syria dengan berkata bahawa kuasa ketenteraan Ankara sudah cukup untuk mengalahkan Daesh selepas tentera AS menarik diri dari rantau itu.
Keputusan Washington untuk mengeluarkan sejumlah 2,000 orang pasukan daratnya dari Syria mengejutkan kebanyakan sekutunya, termasuk Perancis, namun ia disambut oleh Turki.
Ankara percaya pasukannya yang menyokong pejuang pembangkang Syria kini memiliki pertahanan lebih bebas untuk menyasarkan pejuang Kurdi dari Unit Perlindungan Rakyat (YPG) yang disokong oleh AS.
“Jika Perancis tetap menyumbang kepada masa depan Syria, hebat, tetapi jika mereka melakukan ini untuk melindungi militan, ia tidak akan mendatangkan faedah kepada siapa pun,” kata Menteri Luar Mevlut Cavusoglu, menurut akhbar harian Hurriyet.
Turki memandang militan YPG sebagai organisasi “pengganas” yang mempunyai hubungan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan di Turki, kerana melancarkan pemberontakan di sejak tahun 1984.
PKK disenarai hitam sebagai kumpulan pengganas oleh Ankara, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.
Presiden Donald Trump minggu lalu memerintahkan penarikan pasukan darat AS yang ditempatkan di Syria yang bertujuan memberi latihan kepada YPG di bawah pakatan kuasa Demokratik Syria (SDF) yang diketuai orang Kurdi yang memerangi Daesh. – AFP, 25 Disember, 2018.
Komen