Banduan Thai maut terkena renjatan elektrik


SEORANG banduan Thailand meninggal dunia pada awal hari ini selepas direnjat kawat duri elektrik bervoltan tinggi  ketika cuba melarikan diri, kata polis.

Wiwat Aksorsom, 32, melarikan diri dari sel selepas tengah malam bersama-sama dengan dua banduan lain dan cuba menaiki tembok penjara setinggi enam meter di wilayah selatan Surat Thani.

Bagaimanapun Wiwat tidak sengaja telah menyentuh dawai berduri elektrik di dinding penjara sekaligus membunuhnya dengan serta-merta, beritahu Kolonel Wanchai Palawan yang merupakan penguasa polis daerah Chaiya, kepada AFP.

“Para pegawai penjara menemui mayatnya di dinding selepas dia terkena renjatan elektrik,” katanya.

Wiwat ditangkap kerana memiliki 38 tablet methamphetamine, dan telah ditahan dalam tahanan sewaktu menunggu siasatan polis.

Kedua-dua tahanan lain - juga dipenjara kerana kesalahan dadah - berjaya melarikan diri tanpa menyentuh dawai eletrik tersebut.

Bagaimanapun seorang banduan berjaya diberkas semula selepas mematahkan tangannya ketika mendarat dari atas dinding, manakala seorang lagi ditemui beberapa jam kemudian ketika polis melancarkan carian di sekeliling perimeter.

“Mereka kata, mereka rindu kampung halaman,” tambah Wanchai lagi. – AFP, 25 Disember, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen