Gempa sederhana landa Laut Maluku, Indonesia


GEMPA bumi sederhana dengan kekuatan 5.6 pada skala Richter berlaku di Laut Maluku Utara, Indonesia pada 3.18 petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, gegaran itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer, berpusat 118 kilometer dari barat Ternate, Indonesia.

Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama, 25 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen