43 maut serangan di kompleks kerajaan Kabul


Seorang mangsa serangan di kompleks kerajaan Kabul, Afghanistan mendapatkan rawatan di Hospital Wazir Akbar Khan. – Gambar AFP, 25 Disember, 2018.

SATU serangan tembakan dan bunuh diri di sebuah kompleks kerajaan Kabul membunuh sekurang-kurangnya 43 orang, kata Kementerian Kesihatan pada Selasa, menjadikan ia salah satu serangan paling dahsyat di ibu kota Afghanistan tahun ini.

Seramai 10 lagi cedera dalam serangan pada Isnin di sebuah kawasan Kementerian Kerja Raya dan pejabat lain terletak, kata jurucakap Waheed Majroh.

Pengganas menyerbu perkarangan pejabat pada sebelah petang selepas meletupkan bom kereta di pintu masuk, menyebabkan kakitangan kerajaan melarikan diri menyelamatkan nyawa. Ada yang melompat dari tingkap.

Ratusan lagi terperangkap di dalam bangunan kerana pasukan keselamatan yang mengepung kawasan itu, terlibat kejadian berbalas tembakan dengan penyerang.

Ia adalah serangan paling dahsyat di ibu negara Afghanistan sejak letupan pengebom bunuh diri di tengah perhimpunan keagamaan bulan lalu, membunuh sekurang-kurangnya 55 orang. – AFP, 25 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen