Erdogan jemput Trump lawat Turki


Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan menjemput Presiden AS Donald Trump untuk melawat Turki pada 2019. – Gambar EPA, 25 Disember, 2018.

PRESIDEN Recep Tayyip Erdogan menjemput Presiden Amerika Donald Trump untuk melawat Turki pada 2019, kata White House semalam.

“Presiden Erdogan menjemput Presiden Trump untuk melawat Turki pada 2019. Walaupun masih tiada rancangan dibuat, presiden terbuka untuk pertemuan di masa depan itu,” kata jurucakap White House.

Jemputan itu dibuat beberapa hari selepas Trump membuat keputusan kontroversi untuk menarik balik tentera Amerika dari Syria, yang dihantar ke sana untuk memerangi kumpulan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (IS).

Turki adalah sekutu yang mengalu-alukan keputusan Trump di Syria itu, negara itu kini lebih bebas untuk memburu pejuang Kurdish yang dilatih dan diberikan senjata oleh AS dan memainkan peranan utama memerangi IS tetapi dianggap pengganas oleh Ankara.

Turki berkata sasaran sudah dilengkapkan ke atas militia Kurdish dan pengganas IS dan akan dilaksanakan dalam masa beberapa bulan lagi, negara itu juga sudah menghantar tentera ke sempadan Syria. – AFP, 25 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen