Hakim AS perintah Korea Utara bayar AS$501 juta berhubung kematian pelajar


Otto Warmbier didapati bersalah kerana mencuri poster propaganda di sebuah hotel di Pyongyang. Beliau meninggal dunia pada 19 Jun, sembilan hari selepas kembali ke Ohio. – Gambar EPA, 25 Disember, 2018.

HAKIM di Amerika Syarikat (AS) semalam mengarahkan Korea Utara membayar AA$501 juta (RM2.1 bilion) berhubung kematian warganya, Otto Warmbier, menyimpulkan pelajar universiti itu mengalami penyeksaan.

Penalti, yang Korea Utara tidak mungkin membayarnya secara sukarela, dibuat ketika usaha diplomatik oleh Presiden Donald Trump yang bersemangat untuk mencapai perjanjian penting dengan pemimpin Kim Jong-un.

Ibu bapa Warmbier bertindak menyaman Korea Utara di mahkamah AS selepas anak mereka yang berusia 22 tahun itu pulang ke tanah air tahun lepas dalam keadaan koma, tidak mengenali keluarganya dan meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Beryl Howell, ketua hakim mahkamah daerah AS bagi Washington, menganugerahkan AS$501.14 juta kepada keluarga, kebanyakannya dalam ganti rugi punitif.

“Korea Utara bertanggungjawab terhadap penyeksaan, pengambilan tebusan, dan pembunuhan extrajudicial Otto Warmbier, dan kecederaan kepada ibu dan ayahnya, Fred dan Cindy Warmbier,” tambahnya.

Howell berkata Korea Utara tidak mengemukakan sebarang tindak balas terhadap saman tersebut, yang difailkan keluarganya di bawah Foreign Sovereign Immunities Act, undang-undang AS yang membenarkan saman terhadap kerajaan asing atas kesalahan tidak dianggap dilindungi oleh imuniti diplomatik.

Sebagai salah satu negara paling terpencil di dunia, Korea Utara dipercayai mempunyai sedikit aset di AS yang boleh disita untuk menyempurnakan keputusan saman itu.

Tetapi Korea Utara sedang berusaha untuk menamatkan sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas program nuklearnya. Kesepakatan dengan Trump menimbulkan kemungkinan bantuan AS pada masa akan datang, yang mungkin terikat dengan ganti rugi dikeluarkan oleh mahkamah.

Trump, yang mengadakan sidang kemuncak bersejarah pada Jun dengan Korea Utara, menulis di Twitter yang beliau mengadakan taklimat pada Isnin terhadap usaha diplomatik dan “menantikan sidang kemuncak seterusnya dengan Pengerusi Kim!”

Warmbier, seorang warga Ohio yang belajar di Universit Virginia, mengembara ke Korea Utara dalam lawatan tetapi tidak kembali.

Beliau ditahan di lapangan terbang Pyongyang dan didakwa melakukan jenayah terhadap kerajaan kerana didakwa mencuri bahan propaganda. – AFP, 25 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen