PULUHAN beg berisi mayat dibawa keluar dari bangunan yang dimusnahkan oleh tsunami yang dicetuskan gunung berapi Indonesia pada Isnin, ketika jumlah kematian meningkat kepada 373 dan pasukan mencari terus berusaha mengesan korban.
Pasukan penyelamat ada yang hanya menggunakan tangan, penggali dan jentera untuk mengangkut serpihan dari kawasan terjejas tsunami di sekitar Selat Sunda, ketika ribuan penduduk dipindahkan ke tempat lebih tinggi.
Pakar memberi amaran gelombang mungkin melanda kawasan yang terjejas selepas bencana Sabtu malam, ketika persoalan melingkari mengapa gelombang ganas gagal dikesana alat pemantau negara itu.
Tsunami kuat melanda pantai popular di selatan Sumatera dan Jawa barat serta membanjiri hotel pelancongan serta penempatan pantai.
Kira-kira 1,459 orang cedera dengan 128 lagi masih hilang, kata jurucakap agensi bencana Sutopo Purwo Nugroho, memberikan jumlah mangsa terkini pada Isnin.
“Ketiadaan sistem amaran awal tsunami menjejaskan banyak mangsa kerana mereka tidak sempat untuk berpindah,” katanya.
Ratusan bangunan dimusnahkan oleh gelombang yang meninggalkan banyak serpihan keluli, kayu dan runtuhan batu di pantai Carita, destinasi popular di pantai barat Jawa.
“Tentera dan polis sedang mencari dalam runtuhan untuk melihat jika kita dapat meemui mangsa yang lebih banyak,” kata Dody Ruswandi, seorang pegawai kanan agensi bencana, sambil menambah usaha penyelamatan itu mungkin berlangsung seminggu.
Tidak sempat berpindah
Agensi bencana Indonesia pada mulanya mengatakan tiada “ancaman tsunami” bahkan ketika gelombang itu melanda.
Ia kemudiannya terpaksa mengeluarkan pembetulan dan memohon maaf ketika menyalahkan kekurangan sistem amaran awal kawasan tersebut.
Tidak seperti disebabkan oleh gempa bumi, yang biasanya mencetuskan sistem amaran, tsunami kali ini dicetuskan oleh gunung berapi, tidak memberi cukup masa sebagai amaran kepada penduduk tentang ancaman yang akan berlaku.
Pakar mengatakan bencana pada Sabtu berkemungkinan besar disebabkan oleh letusan sederhana gunung berapi Anak Krakatau di Selat Sunda yang dicetuskan aliran bergerak yang besar dan laju batu lebur ke laut atau tanah longsor secara tiba-tiba dan besar - kedua-duanya menyebabkan jumlah air yang banyak dan mengakibatkan tsunami.
Bukti setakat ini menunjukkan bahagian gunung berapi runtuh dan meluncur ke laut, mencetuskan tsunami, kata Dwikorita Karnawati, ketua agensi meteorologi Indonesia.
Ia merupakan bencana alam ketiga terbesar melanda Indonesia dalam tempoh enam bulan, susulan beberapa siri gempa kuat di Pulau Lombok pada Julai dan Ogos serta tsunami gempa pada September yang membunuh sekitar 2,200 orang di Palu di pulau Sulawesi, dengan ribuan masih hilang dan dianggap terkorban.
Ia juga berlaku kurang seminggu sebelum ulang tahun ke-14 kejadian tsunami yang dikenali sebagai Hari Tinju 2004, salah satu bencana paling dahsyat dalam sejarah yang membunuh kira-kira 220,000 orang di beberapa negara di sekitar Lautan Hindi, termasuk kira-kira 168,000 rakyat Indonesia.
Negara kepulauan itu adalah satu daripada negara paling kerap dilanda bencana disebabkan kedudukannya di atas “Lingkara Api Pasifik”, di mana plat tektonik berlanggaran. – AFP, 25 Disember, 2018.
Komen