TURKI menghantar bantuan tenteranya ke sempadan Syria, lappr media Turki pada Isnin, selepas Washington mengarahkan tenteranya keluar daripada negara bergolak itu.
Konvoi tentera Turki dengan kereta perisai dan unit bersenjata lain dihantar ke sempadan daerah Elbeyli di wilayah Kilis, lapor agensi media Anadolu.
Bantuan ketenteraan itu akan mengambil alih kedudukan berkenaan secara “berperingkat”, lapor agensi berita IHA dan menambah sebahagian daripada konvoi itu sudah memasuki Syria.
Penghantaran tentera itu bermula sejak hujung minggu lalu dengan kira-kira 100 kenderaan menyeberangi sempadan ke wilayah Al-Bab di utara Syria.
Mereka menuju ke Jarabulus dan Manbij yang menjadi kubu militan Kurdish yang dianggap sebagai “pengganas” yang mempunyai kaitan dengan pemberontak Kurdish di Turki. – AFP, 24 Disember, 2018
Komen