EMPAT anggota keselamatan Thailand cedera apabila sebutir bom meletup ketika mereka sedang meronda menggunakan motosikal di Daerah Yaha, di wilayah bergolak Yala, selatan Thailand hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Thawat Sonthornpoj, empat anggota terbabit bersama empat rakan mereka yang lain sedang mengawal keselamatan sekumpulan guru ketika kejadian pada 8.30 pagi (waktu tempatan) di Kampung Kenya semasa kejadian itu berlaku.
“Dua dari empat anggota terbabit itu mengalami kecederaan parah,” katanya kepada pemberita hari ini.
Dalam kejadian berasingan di Ban Sedang, Pattani, enam lelaki bertopeng menyamun sekumpulan empat pengawal keselamatan di sebuah sekolah dan melarikan empat senapang patah milik mereka.
Ketua Polis Pattani Piyawat Chalermsi berkata, kejadian pada 8.30 malam semalam (waktu tempatan) melibatkan enam penyerang yang lengkap bersenjata.
Pihak polis masih menjalankan siasatan serta motif kejadian itu. – Bernama, 24 Disember, 2018.
Komen