KOREA Selatan hari ini berkata akan mendenda pembuat kereta Jerman, BMW sebanyak AS$10 juta kerana didakwa lambat memanggil semula kereta yang ada masalah enjin dan dikaitkan dengan berpuluh-puluh insiden enjin terbakar.
Kenderaan BMW terbakar menjadi topik utama di Korea Selatan awal tahun ini, dengan media tempatan melaporkan lebih 40 kes pada 2018 dan beberapa tempat letak kenderaan enggan menerima kereta BMW kerana bimbang ia terbakar.
Syarikat gergasi itu memanggil semula lebih 170,000 kenderaannya di Korea Selatan yang ada masalah dengan ekzos, di mana syarikat berkata kesilapan itu menyebabkan berlakunya kebakaran.
Pada Ogos, ia mengumumkan memanggil semula kereta bagi negara Eropah dan Asia – termasuk Korea Selatan – di mana 480,000 kereta terjejas oleh masalah yang sama, sebelum meluaskannya kepada lebih sejuta kenderaan diesel lagi, dua bulan kemudian.
Di Korea Selatan, enam daripada 10 kereta import ialah dari Jerman, dengan BMW menjual hampir 39,000 dalam enam bulan pertama tahun ini, menurun Persatuan Pengedar dan Pengimport Automobil Korea. – AFP, 24 Disember, 2018.
Komen