PBB zahir dukacita tragedi tsunami Indonesia


Tragedi tsunami terbaru berlaku di Indonesia setakat ini sudah meragut nyawa hampir 300 orang. – Gambar EPA, 24 Disember, 2018.

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, meluahkan rasa dukacita atas kehilangan nyawa manusia, kecederaan dan kemusnahan akibat bencana tsunami yang melanda Selat Sunda di Indonesia pada Sabtu, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut kenyataan pejabat akhbarnya pada Ahad, setiausaha agung PBB itu mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat Indonesia. 

Beliau juga mendoakan agar mangsa yang cedera cepat sembuh.

Kenyataan itu menyebut PBB bersedia membantu usaha-usaha bantuan dan penyelamatan oleh kerajaan Indonesia yang berlangsung ketika ini. – Bernama, 24 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen