Jerman bimbang China tahan rakyat Kanada


Bekas diplomat Michael Kovrig, salah seorang rakyat Kanada yang ditahan di China. Jerman bimbang penahanan Kovrig dan Michael Spavor bermotifkan politik. – Gambar fail AFP, 23 Disember, 2018.

JERMAN melahirkan kebimbangan mengenai penahanan dua rakyat Kanada di China, sehari selepas Ottawa menyeru rakan sekutunya memberi sokongan agar mereka dilepaskan.

Kementerian Luar Jerman berkata negara itu mengikuti perkembangan kes bekas diplomat Michael Kovrig dan konsultan, Michael Spavor.

“Kami bimbang penahanan kedua-dua rakyat Kanada di China bermotifkan politik,” kata jurucakap kementerian dalam satu kenyataan.

Menteri Luar Kanada Chrystia Freeland semalam berkata penahanan tersebut bukan sekadar masalah Kanada dan menegaskan kedua-dua lelaki berkenaan hendaklah dibebaskan segera.

“Ini adalah isu yang melibatkan sekutu kami dan kami telah membincangkan dengan sekutu serta rakan di seluruh dunia,” katanya.

Kovrig dan Spavor yang ditahan pada 10 Disember dituduh terlibat dalam kegiatan “yang membahayakan keselamatan China”.

Walaupun tidaka kaitan dibuat secara rasmi, penahanan mereka dilihat seperti perbuatan membalas dendam selepas Kanada menahan pegawai ekskutif gergasi telekomunikasi China, Huawei pada 1 Disember. – AFP, 23 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen