SEKURANG-kurangnya lima orang termasuk empat orang awam terbunuh dalam serangan yang dilakukan oleh pemberontak Uganda yang disyaki di Republik Demokratik Congo (DR Congo) pada Ahad.
Serangan dilakukan oleh Angkatan Demokrat Bersekutu (ADF) yang berpangkalan di Uganda yang mensasarkan wilayah Masiani di rantau Beni di timur DR Congo.
Mereka yang terbunuh adalah seorang askar dan empat orang awam. Tiga lagi yang cedera sedang dirawat di sebuah hospital di Beni.
Menurut saksi, angka kematian akibat serangan ADF itu mungkin mencecah lapan orang.
Pihak berkuasa mahupun tentera tidak mengesahkan serangan tersebut.
ADF yang beroperasi di DR Congo sejak 1995 adalah sebuah kumpulan pemberontak Islam yang menentang Presiden Yoweri Museveni.
Kumpulan yang diusir dari Uganda iru, dituduh melakukan beberapa siri pembunuhan beramai-ramai orang awam sejak OKtober 2014.
Wilayah sempadan itu juga dilanda wabak Ebola yag telah meragut 347 nyawa sejak Ogos lalu. – AFP, 23 Disember, 2018.
Komen