KERAJAAN tidak mampu meneruskan program yang turut memberikan subsidi kepada golongan berpendapatan tinggi, kata dana pelaburan strategik negara.
Pengarah Penyelidik Insititut Penyelidikan Khazanah Suraya Ismail berkata, program bantuan perumahan kini dicapai golongan berpendapatan tinggi.
“Ia terlalu membebankan kerajaan secara fiskalnya,” Suraya kepada pemberita selepas mempengerusikan forum perumahan kos rendah anjuran Khazanah hari ini.
“Secara fiskalnya menjadi satu beban kepada kerajaan untuk meneruskan subsidi perumahan kepada bawah 40% kepada pertengahan 40% dan kini atas 20% isi rumah Malaysia.
Suraya berkata, sektor swasta perlu dibenarkan menjadi lebih efisien bagi memastikan harga rumah yang lebih baik kepada golongan berpendapatan rendah.
Pendapatan bagi isi rumah adalah: Bawah 40% (B40) di bawah RM3,860; Pertengahan 40% (M40), RM3,861-RM8,319; atas 20% (T20), RM8,320 dan ke atas.
“Tiada negara yang memberi bantuan perumahan kepada atas 20% daripada kerajaan. Kita tak sepatitnya berbuat demikian,” katanya.
Sementara itu, timbalan pengarah Jabatan Perumahan Negara Jayaseelan K Navaratnam berkata bantuan kepada golongan berpendapatan tinggi bukan sebahagian daripada rancangan asal.
“Apabila kami menubuhkan skim bantuan perumahan, kami tida pernah fikirkan tentang T20 kerana struktur gaji yang Dr Suraya katakan itu adalah dari 2014,” katanya kepada pemberita selepas forum itu.
“Kini sudah 201. Apa yang kami rancang adalah untik B40 pada awalnya namun ia dipersoalkan oleh golongan M40 (untuk perumahan mampu milik).
“Apa yang kami dapati adalah T20 pada tangga gaji RM8,229 juga tidak dapat membeli rumah,” kata Jayaseelan.
Jayaseelan berkata, kerajaan kini sedang meneliti mengapa golongan berpendapatan tinggi sudah tidak mampu lagi untuk membeli rumah pada kos RM300,000 ke atas.
“Apa yang mereka lakukan dengan pendapatan mereka? Adakah wujud masalah yang menghalang mereka membeli rumah? Kami akan berbincang dengan Bank Negara berhubung perkara ini. Tapi kami tetap tumpukan kepada B40 kerana mereka adalah keutamaan kami,” katanya. – 23 Ogos, 2017.
Komen