Putera Saudi Talal Abdul Aziz meninggal dunia


Abang saudara Raja Salman, Putera Talal bin Abdul Aziz meninggal dunia pada usia 87 tahun. – Gambar Wikipedia, 22 Disember, 2018.

PUTERA Arab Saudi Talal bin Abdul Aziz, abang saudara Raja Salman, meninggal dunia hari ini pada usia 87 tahun.

“Putara Talal menyahut seruan Illahi pada Sabtu,” tulis anaknya Putera Al-Waleed bin Talal menerusi Twitter.

Digelar sebagai seorang yang liberal dan digelar ‘Putera Merah’, Talal juga terkenal dengan usahanya melakukan pembaharuan walaupun sering mengingkari keluarga diraja Saudi.

Beliau antara penyumbang kepada usaha membenarkan wanita Arab Saudi memandu, hak yang akhirnya diberikan kepada golongan wanita negara itu pada tahun ini.

Lahir pada 1931, putera itu mengetuai Yayasan Negara Teluk untuk Pembangunan, sebuah badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mempromoasikan pendidikan dan kesihatan di negara membangun.

Di bawah pengaruh presiden Mesir dan jaguh perjuangan sosialis, Gamal Abdel Nasser, Talal menubuhkan Pergerakan Bebas Putera pada awal 1960-an, dengan usaha melakukan perubahan politik di Arab Saudi. – AFP, 23 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen