KEJADIAN serangan tembakan yang mengakibatkan seorang mangsa maut dan seorang lagi cedera parah di tengah Vienna pada Jumaat, dipercayai ada kaitan dengan mafia Balkan.
Polis Austria dalam kenyataannya hari ini berkata siasatan awal mendapati kejadian jenayah itu mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah terancang di wilayah Balkan Barat.
Serangan yang berlaku pukul 1.30 petang waktu tempatan itu, mencetuskan suasana panik di lokasi bersejarah di Vienna yang popular dalam kalangan pelancong.
Dua mangsa yang masing-masing berusia 32 dan 23 tahun itu, ditembak oleh seorang lelaki selepas mereka meninggalkan sebuah restoran.
Suspek penyerang masih lagi belum ditangkap dan beberapa saksi mendakwa lelaki tersebut melarikan diri dengan sebuah kereta, tetapi polis menolak dakwaan itu.
Polis menggambarkan suspek berusia dalam lingkungan 30 tahun, berketinggian 1.85 sentimeter dan memakai jaket hitam. – AFP, 22 Disember, 2018.
Komen