7 maut dalam letupan bom kereta di Somalia


Jurucakap polis tempatan mengesahkan tujuh orang maut, manakala lebih sepuluh orang lagi cedera. – Gambar EPA, 22 Disember, 2018.

TUJUH orang terbunuh dalam letupan bom kereta yang didakwa dilakukan oleh kumpulan militan al-Shabaab dekat istana presiden di Mogadishu pada Sabtu, kata polis.

Jurucakap polis tempatan mengesahkan tujuh orang maut, manakala lebih sepuluh orang lagi cedera.

“Pasukan keselamatan telah mengepung kawasan terbabit dan siasatan sedang dijalankan,” kata Ibrahim Mohamed.

Universal TV yang berpangkalan di London berkata tiga orang kakitangannya maut dalam kejadian itu.

Letupan pertama berlaku kira-kira 500 meter dari istana, manakala yang kedua berlaku beberapa minit kemudian di persimpangan berdekatan.

Al-Shabaab menerusi kenyataan berkata operasi syahid kumpulan itu menyasarkan pos pemeriksaan keselamatan yang digunakan untuk melindungi istana presiden. – AFP, 22 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen