JABATAN Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan penahahan seorang warga China yang didakwa mencuri rahsia perdagangan sebuah syarikat minyak di mana dia bekerja.
Tan Hongjin, 35, ditahan di Oklahoma pada Khamis. Dia merupakan penduduk tetapi di situ.
Menurut DoJ, Tan mencuri rahsia perdagangan mengenai satu produk bernilai lebih AS$1 bilion.
Tan yang sudah 12 tahun menetap di AS dan memiliki PhD dari California Institute of Technology, didakwa memuat turun secara haram ratusan fail syarikat termasuk harta intelek berkaitan pembuatan “produk pasaran tenaga hiliran”.
DoJ berkata fail itu dicuri untuk sebuah syarikat China yang menawarkan kerja kepada Tan.
Syarikat itu tidak dapat dikenal pasti, namun menurut laman LinkedIn seorang saintis bernama Tan Hongjin bekerja di pusat penyelidikan Phillips 66 di Bartlesville, Oklahoma. Media Oklahoma juga mengaitkan Tan dengan syarikat tersebut.
Penahanannya itu ketika AS mengambil tindakan keras terhadap penggodaman dan pencurian data rahsia ke atas syarikat-syarikat China. – AFP, 22 Disember, 2018.
Komen