PIHAK pendakwa raya Perancis menggesa 14 individu dibicara berhubung serangan pengganas pada Januari 2015 termasuk ke atas akhbar satira Charlie Hebdo, menurut sumber akhbar itu pada Jumaat.
Kini terpulang kepada hakim anti-keganasan untuk memutuskan sama ada kesemua 14 individu terbabit akan dibicarakan.
Keputusan itu dibuat hampir empat tahun selepas adik beradik Cherif dan Said Koauachi dan Amedy Coulibaly membunuh 12 orang di pejabat Charlie Hebdo pada 7 Januari, 2015.
Pada hari berikutnya, seorang anggota polis wanita dibunuh di pinggir bandar Paris, manakala seorang lelaki bersenjata api menjadikan pelanggan di sebuah pasar Yahudi sebagai tebusan.
Kesemua penyerang terbabit terbunuh dalam siri berbalas tembakan dengan polis.
Pihak berkuasa mendakwa serangan itu adalah berkaitan dengan Al-Qaeda dan kumpulan militan IS. – AFP, 22 Disember, 2018
Komen