Tiada dakwaan jenayah terhadap jutawan China, kata pendakwa raya AS


Pengasas JD.com Richard Liu dituduh merogol pelajar wanita Universiti Minnesota berusia 21 tahun selepas makan malam bersama.– Gambar EPA, 22 Disember, 2018

JUTAWAN China yang juga pengasas JD.com Richard Liu tidak akan berdepan pendakwaan jenayah berhubung tuduhan rogol, umum pendakwa raya Amerika Syarikat di Minnestota pada Jumaat. 

Pejabat Peguam Hennepin County mengumumkan, siasatan ke atas dakwaan terhadap Liu mendapati kes berkenaan mempunyai “masalah bukti yang mendalam”. 

“Selepas kami menyemak semula, kamera pengawasan, mesej teks, kamera video badan polis dan keterangan saksi, ia jelas bahawa kami tidak menemui bukti, justeru kami tidak boleh melakukan pendakwaan,” kata Peguam Mike Freeman dalam satu kenyataan. 

Freeman berkata, kes ini adalah biasa seperti kebanyakan siasatan kes serangan seksual lain yang mana Liu kekal dengan pengakuan hubungan seks itu adalah atas persetujuan. 

Liu, 45 tahun, ditahan di Minneapolis pada 21 Ogos lalu ketika beliau mengambil bahagian program PhD dalam pentadbiran perniagaanyangd itawarkan Universiti Minnesota.  

Beliau dituduh merogol pelajar wanita berusia 21 tahun yang makan malam bersama dengannya bersama sekumpulan lain sebelum insiden itu didakwa berlaku. – AFP, 22 Disember, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen