Serangan tembakan di Austria ragut satu nyawa


Seorang anggota polis mengawal lokasi serangan tembakan di Lugeck dekat Vienna hari ini. – Gambar AFP, 21 Disember, 2018.

SEORANG mangsa terbunuh manakala seorang lagi cedera parah dalam insiden tembakan di pusat bersejarah di ibu negara Austria, Vienna hari ini.

Polis berkata seorang lelaki melepaskan beberapa das tembakan rambang di sebatang jalan yang dikenali sebagai Lugeck kira-kira pukul 1.30 petang waktu tempatan.

Siasatan awal mendapati serangan itu merupakan jenayah terancang.

“Ekoran insiden tembakan itu, polis melakukan operasi memburu suspek di seluruh bandar,” kata pihak berkuasa itu menerusi laman Twitter.

Sebuah helikopter polis turut digunakan dalam operasi itu bagi memburu suspek yang masih belum ditangkap.

Media tempatan melaporkan beberapa jalan ditutup dan polis yang lengkap berpakaian ves antipeluru dikerah mengawal lokasi tertentu.

Seorang saksi berkata kedua-dua mangsa ditembak ketika sedang berjalan di laluan pejalan kaki.

Motif serangan masih disiasat dan tidak pasti sama ada kejadian itu dikaitkan dengan aktiviti keganasan.

Identiti mangsa juga masih belum dapat dipastikan. – AFP, 21 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen