Jurutera nasihat jangan jatuh cinta dalam Facebook


Hamid Nehal Ansari dipenjara selama enam tahun gara-gara jatuh cinta dengan seorang wanita yang dikenali dalam Facebook. – Gambar EPA, 21 Disember, 201

SEORANG lelaki di India memberi nasihat agar tidak mencari cinta di dalam Facebook atau menerima nasib sepertinya yang terpaksa menjalani hukuman penjara enam tahun di Pakistan.

Hamid Nehal Ansari yang dibebaskan tiga hari lalu, memasuki secara haram ke Pakistan melalui Afghanistan pada 2012 untuk bertemu dengan seorang wanita yang dikenali menerusi media sosial itu.

Beliau ditahan di rumah wanita tersebut apabila sepasukan polis menunggunya di sana.

Hamid yang juga merupakan seorang jurutera kemudiannya dipenjarakan atas dakwaan mengintip dan memalsukan dokumen.

“Jangan terlalu beremosi terhadap orang tidak dikenali dan jangan jatuh cinta dalam media sosial termasuk Facebook, katanya selepas tiga hari dibebaskan dan kembali ke India.

Media tempatan menunjukkan detik Hamid memeluk ibunya sebagai tanda bersyukur kerana tamat menjalani tempoh hukuman tersebut.

“Kembali ke India merupakan detik paling gembira dalam hidup saya,” kata lelaki berusia 33 tahun itu.

“Kini saya mahu memulakan perniagaan, berkahwin dan membina kembali hidup saya. Tiada lagi aktiviti sosial untuk saya,” katanya. – AFP, 21 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen